سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Rindu..
Pada bangunan papan
berbumbungkan zink..
Pada pondok kecil
yang beralaskan tikar anyaman..
Pada ramah mesra dan
pelukan erat nenek-nenek disana..
Sangat jauh berbeza,
Dari tempat yang gah
pada mata mereka..
Tapi,
seharusnya disyukuri.
Setidaknya
disini,
Suasananya
membantu menjaga iman.
Bacaan
doa setiap pagi berselang-seli tazkirah,
Setiap
hari dalam ramadhan pasti ada tadarus al-Quran.
Tinggal
lagi kena mujahadah,
Untuk
jaga adab sebagai muslimah.
Pelihara
rasa malu.
Sekalipun
dicanang di sekolah dan dalam kuliah,
Kerjasama
lelaki dan perempuan itu penting,
Tapi
sebagai seorang muslimah,
Masih ada
batas yang perlu dijaga.
Ada
bezanya,
makan
satu meja lelaki perempuan tanpa sebab yang memaksa,
berbanding
makan seorang diri di meja di hujung sekali.
Ada
bezanya,
Naik lif
berduaan dengan jantina yang berlawanan dimana situasi boleh dielakkan,
berbanding
memilih untuk menunggu lif seterusnya.
Seolah
perkara biasa, "ala, duduk sebelah pun ada jarak lagi" .
Bagi
seorang hambaNya, yang ingin meraih gelaran solehah mengikut piawaian agama,
Perbuatan-perbuatan
tu sesuatu yang berbisa.
Yang
mampu meruntuhkan tembok malu yang seharusnya ada pada setiap wanita.
-LI@ampmsb
-100814
-04:01pm
"Melangkah,
terjatuh, bangun dan teruskan perjalanan tu lebih baik
dari berhenti berusaha dan berputus asa"
dari berhenti berusaha dan berputus asa"
No comments:
Post a Comment
p/s: terima kasih kerana sudi comment yang membina :)