سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Ada begitu banyak
wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita
bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping.
Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh
didekati dan bahkan dijadikan istri. Siapa saja mereka?
Berikut ini adalah
kriteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan jadikan sebagai
isterinya:
1.
Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa
yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan
tidak berpuas hati.
2.
Wanita “Mananah” : wanita yang suka meniadakan usaha
dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak
berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang
dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.
Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada
suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang,
atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan
mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita
sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri
nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.
Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau.
Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.
5.
Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a.
Pertama : wanita seperti
ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya
tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk
membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka
dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula
ketua dalam kumpulan , orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua: dia marah
ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan
disendirikan bagiannya.
6.
Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang
perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.
[Sumber
dari Ihya Ulumuddin – Imam Al
Ghazali]
"bantu ana untuk jadi isteri yang baik nanti"
"kena mula dengan ilmu, itu je rahsianya"
No comments:
Post a Comment
p/s: terima kasih kerana sudi comment yang membina :)