Showing posts with label mawarmutiara. Show all posts
Showing posts with label mawarmutiara. Show all posts

Sunday, 10 August 2014

mujahadah menjadi solehah

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم





Rindu..
Pada bangunan papan berbumbungkan zink..
Pada pondok kecil yang beralaskan tikar anyaman..
Pada ramah mesra dan pelukan erat nenek-nenek disana..
Sangat jauh berbeza,
Dari tempat yang gah pada mata mereka..

Tapi, seharusnya disyukuri.
Setidaknya disini,
Suasananya membantu menjaga iman.
Bacaan doa setiap pagi berselang-seli tazkirah,
Setiap hari dalam ramadhan pasti ada tadarus al-Quran.
Tinggal lagi kena mujahadah,
Untuk jaga adab sebagai muslimah.
Pelihara rasa malu.
Sekalipun dicanang di sekolah dan dalam kuliah,
Kerjasama lelaki dan perempuan itu penting,
Tapi sebagai seorang muslimah,
Masih ada batas yang perlu dijaga.

Ada bezanya,
makan satu meja lelaki perempuan tanpa sebab yang memaksa,
berbanding makan seorang diri di meja di hujung sekali.
Ada bezanya,
Naik lif berduaan dengan jantina yang berlawanan dimana situasi boleh dielakkan,
berbanding memilih untuk menunggu lif seterusnya.

Seolah perkara biasa, "ala, duduk sebelah pun ada jarak lagi" .
Bagi seorang hambaNya, yang ingin meraih gelaran solehah mengikut piawaian agama,
Perbuatan-perbuatan tu sesuatu yang berbisa.
Yang mampu meruntuhkan tembok malu yang seharusnya ada pada setiap wanita.



-LI@ampmsb
-100814
-04:01pm





"Melangkah, terjatuh, bangun dan teruskan perjalanan tu lebih baik 
dari berhenti berusaha dan berputus asa"

Sunday, 2 December 2012

Istimewa buatmu sahabat


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم




Jika ada orang yang layak dipersalahkan,maka orang itu adalah aku,
saat ku merasa jauhnya tali persahabatan kita,
maka diam aku mengenang kembali dimana silapnya,
teringat kenangan manis kita bersama,
walau bukan setiap saat gembira,
tapi itulah penambah rasa persahabatan kita,
biar jasad ditempat yang berbeza,ku ingin kau tahu,
namamu meniti di setiap doa kerana,
ku ingin melangkah bersamamu ke syurgaNya! 

~mm~



Buat kamu sahabat, yang jauh dimata tetapi dekat dihati, aku memohon maaf atas kesenyapan ku sejak akhir-akhir ni. Bukan menyepi kerana aku melupakan persahabatan kita malah aku rindu. sampai terbawa-bawa di alam mimpi! :) kesibukan tak sepatutnya jadi alasan, tapi itulah silapku. mengabaikan hakmu sebagai seorang sahabat. betapa aku rindu saat-saat bersama, sama-sama kita berdoa, semoga kita dipertemukanNya, jika bukan disini, di kampung halaman kelak. atau jika bukan di kampung halaman kita, di 'kampung sana' nanti. insyaAllah~





Wednesday, 28 November 2012

kerana ku ingin Dia

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


 



biar hati berbicara sendiri,
kerana aku punya Dia,
Dia yang Maha Mendengar isi hati,
biarlah kenangan lalu,
disimpan rapi,
dalam kotak memori yang terdalam,
biarlah ianya sukar dicapai,
dari menjadi lintasan-lintasan,
yang hanya akan mengganggu iman,
kerana ku ingin Dia,
aku melepaskan dia,
tanpa bayangan itu,
impianku lebih mudah tercapai,
sesungguhnya aku ingin,
sebarkan cintaNya,
dan meraih redhaNya.

~mm~