Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Sunday, 18 November 2012

Usaha kecil kita


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم




Ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif berkaitan McD Malaysia menyatakan tidak menyokong Israel:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang

kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.



sumber : {sini}

Saturday, 17 November 2012

Bumi GAZA dibasahi darah syuhada

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Saat aku menulis ini, saudaraku di sana sedang bertarung nyawa membela agama. Setiap detik yang berlalu menjadi saksi gugurnya para syuhada, yang tersenyum gembira bertemu cinta hati mereka di sana. Malu rasanya diri ini, apabila berbicara soal jihad. Aku hanya mampu berbicara, tanpa mengerti erti jihad yang sebenarnya. Semoga mujahadahku mengatakan 'tidak' pada sekutu yahudi laknatullah diterimaNya kerana hanya itu yang mampu kulakukan selain berdoa dan terus berdoa. Aku yakin, sahabat-sahabat diluar sana juga pasti boleh bermujahadah melawan nafsu kalian terhadap produk-produk israel. Itu adalah kehendak, bukannya keperluan, maka selagi kalian boleh hidup tanpanya, tahanlah diri kalian dari menyumbang kepada musuh-musuh Islam. Semoga usaha yang dilihat kecil tidak berimpak ini, akan menjadi saksi pedulinya kita, kasihnya kita kepada saudara-saudara kita disana.

   

 





 


 

sanggupkah kita hanya melihat disebalik skrin laptop masing-masing tanpa buat apa-apa?? sekurang-kurangnya, doakanlah saudara-saudara kita yang sedang berjihad disana setiap kali selepas solat.

Qunut Nazilah