Saturday, 17 November 2012

Bumi GAZA dibasahi darah syuhada

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Saat aku menulis ini, saudaraku di sana sedang bertarung nyawa membela agama. Setiap detik yang berlalu menjadi saksi gugurnya para syuhada, yang tersenyum gembira bertemu cinta hati mereka di sana. Malu rasanya diri ini, apabila berbicara soal jihad. Aku hanya mampu berbicara, tanpa mengerti erti jihad yang sebenarnya. Semoga mujahadahku mengatakan 'tidak' pada sekutu yahudi laknatullah diterimaNya kerana hanya itu yang mampu kulakukan selain berdoa dan terus berdoa. Aku yakin, sahabat-sahabat diluar sana juga pasti boleh bermujahadah melawan nafsu kalian terhadap produk-produk israel. Itu adalah kehendak, bukannya keperluan, maka selagi kalian boleh hidup tanpanya, tahanlah diri kalian dari menyumbang kepada musuh-musuh Islam. Semoga usaha yang dilihat kecil tidak berimpak ini, akan menjadi saksi pedulinya kita, kasihnya kita kepada saudara-saudara kita disana.

   

 





 


 

sanggupkah kita hanya melihat disebalik skrin laptop masing-masing tanpa buat apa-apa?? sekurang-kurangnya, doakanlah saudara-saudara kita yang sedang berjihad disana setiap kali selepas solat.

Qunut Nazilah

  

No comments:

Post a Comment

p/s: terima kasih kerana sudi comment yang membina :)