Monday, 29 June 2015

mencari kekuatan untuk berniqab

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم



Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah  serta keluarga dan sahabat Baginda..
  

hari ni, hari terakhir di taman syurga ni..segala penat dan lelah, segala sakit dan air mata dalam menghabiskan 4 tahun pengajian, mudah-mudahan dinilai Allah sebagai ibadah..hampir setahun juga, mula berniqab di luar rumah dan di universiti..Alhamdulillah 'ala kulli hal, betapa Dia mempermudahkan urusan hambaNya ini..teringat lagi, hari pertama buat keputusan untuk pakai niqab ke kuliah, 3 insan yang sy mohon doanya dan minta nasihat..sedikit sebanyak, doa dan dorongan insan2 ini yang beri kekuatan utkku melangkah pagi tu...


dalam tempoh seminggu dua ni, ada juga beberapa orang adik2 dan kakak bertanyakan tentang berniqab..Alhamdulillah, kalian punya niat untuk berniqab, cuma terhalang disebabkan risau dgn kata2 orang sekeliling..diri sendiri pun macam tu juga dulu..dan itu juga yg sy lakukan..meminta pendapat dan pandangan dari beberapa org kakak yg berniqab..keputusan tu dah ada sebenarnya, cuma yg diperlukan ketika itu adalah sokongan dan galakan utk menguatkan lagi hati....



sebenarnya, sy bukanlah orang yg selayaknya utk menjawab persoalan bagaimana utk istiqamah dlm berniqab..sbb diri sendiri pun tak tahu apakah sy akn istiqamah hingga akhirnya :'( cuma yg boleh sy katakan, tanyakan pada diri , mengapa aku pilih untuk berniqab? dari situlah, Allah bg kekuatan utk terus melangkah..kalau "kuat" niatnya, insyaAllah hati kita akn turut kuat..walaupun dilemparkan dgn kata2 sindiran dan kutukan, insyaAllah kita akan kuat sbb kita tahu kenapa kita brniqab..



dan utk menguatkn lagi diri,belajarlah..tambahkan ilmu..tentang berniqab..hukumnya..ada satu kitab yg baik yg menceritakan tentang aurat,hukum brniqab..carilah..tajuknya "al-Hijab"..kitab ni mungkin agak syadid bg sesetengah org, tapi bacalah dgn hati yg terbuka..dan sentiasa doa, moga Allah bagi kefahaman yg benar..dan kekuatan utk mengikuti apa yg ditetapkanNya..



bila tekad utk berniqab,bertudung labuh..banyak yg perlu dijaga sebenarnya..sebab kita sedang membawa imej Islam..pesanan utk diri sendiri jua, jagalah akhlak..janganlah kita menjadi fitnah kpd agama, mnjadi fitnah kpd saudara2 kita yg bersungguh menjaga maruah diri dgn menjaga pemakaian mereka..bukanlah sesuatu yg berat jika hati benar menginginkan keredhaan Allah dan Rasul..yg penting, doalah, minta padaNya, Yang Maha Kuat agar kita diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan..sebab hakikatnya kita adalah hamba yg lemah..jadilah hamba yg sentiasa meletakkan pergantungan padaNya..



credit : [here]


Thursday, 14 August 2014

Diari : Di Jalan Dakwah Aku Menikah


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم



Dauroh Wida' Ikhwah-Akhwat UMS di Negeri Di Bawah Bayu, membawa saya kepada sebuah forum. Forum yang saya rasakan bukanlah saya selayaknya menjawab soalan-soalannya. Kerana saya tiada pengalaman. Lagikan pula, semua yang berada di hadapan adalah mereka yang sudah 'berdua', kecuali saya! Baik daripada moderator forum, panel pertama dan panel ketiga, semuanya sudah berumah tangga. Sayalah seorang yang terkontang-kanting hilang tingkah di hadapan para ikhwah serta akhwat di sana.

Oh ya, terlupa pula. Tajuk forum ini adalah : Di Jalan Dakwah Aku Menikah & Beginilah Dakwah Mengajarkan Kami. (Saya perform di tajuk kedua tu je. [^_^] )




Soalan pertama diberikan kepada Panel 1, Dr. Hj. Mohd. Hizul Azri b. Mohd. Nor. Berkenaan bagaimana beliau melalui proses pernikahan, bermula daripada lobi nikah sehingga menjejaki jinjang perkahwinan sebagai seorang Da'i. Alhamdulillah, perkongisian beliau cukup hidup dan para ikhwah serta akhwat kelihatan amat berminat. Lepas ni ramailah yang hantar resume nikah nampaknya. (^_^)

Lalu tibalah giliran saya.

"Baiklah, untuk Akhi Umair pun ada soalan juga. Kita nak dengar pendapat daripada seseorang yang belum menikah, mungkin ada sudut pandangan yang berbeza." Akhi Syafiq meneruskan bicaranya.

Aduh..Syafiq, tolonglah jangan bagi soalan yang mengarut-ngarut.

"Jadi Akh Umair, Sebagai seorang yang banyak menyampaikan bahan dan pengisian, apakah peranan seorang akhwat dalam membantu dakwah suaminya?" Semua hadirin yang ada tertawa. Termasuk semua ahli panel.

Cis, dia mula dah. Soalan apa ni? Aku belum menikahlah!

Saya terdiam seketika, memikirkan bagaimana hendak dijawab soalan ini.

"Er, soalan lain takde ke?"

Nampaknya si moderator ni masih nak meneruskan soalan mengarutnya. Apa boleh jadi, nasib badan. Bismillah jalan~

"Soalannya ialah, apakah peranan seorang akhwat dalam membantu dakwah suaminya. Terus terang ana katakan, ana memang tidak layak menjawabnya. Ana belum bernikah dan langsung tiada pengalaman yang boleh dikongsikan. Memandangkan soalan ini tetap perlu dijawab, maka ana akan menjawab berdasarkan teori-teori semata."


Nafas dihela dalam.

"Dalam menjalani jalan dakwah ini pelbagai cabaran dan dugaan yang akan dihadapi oleh seseorang da'i ini. Sebagai seorang lelaki ataupun perempuan yang remaja, perkara yang paling banyak mengganggu adalah gejolak jiwa yang tidak tenteram. Gangguan yang dihembuskan oleh syaitan terhadap fitrah semulajadi dalam diri kita. Allah berfirman:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Q.S. Ali 'Imran, 3:14]

"Dalam ayat ini Allah mengisyaratkan bahawa wanita di tempat pertama dalam tahapan kecintaan syahwat manusia. Dapat juga difahami di sini bahawa manusia itu fitrah semulajadi nafsunya akan amat tertarik kepada lawan jenisnya. Opposite Attract. Lelaki akan amat tertarik kepada wanita, dan wanita akan amat tertarik kepada lelaki. Perkara inilah yang sangat mendominasi jiwa remaja kini. Tidak terlepas juga para da'i.

Semua ikhwah akhwat diam mendengar. Saya meneguk air liur.

"Menyangkut soal pernikahan ini, Rasulullah SAW telah berpesan dengan sebuah hadis yang amat popular. Jika kita menyelak mana-mana kitab hadis seperti Sahih Muslim, Sahih Bukhori, Riyadhus Shalihin, di bawah bab nikah, pasti hadis ini akan jadi hadis yang pertama.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang telah mencapai ba'ah hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…

"Ba'ah itu adalah kemampuan untuk memberi nafkah dan melakukan hubungan suami isteri. Ini hanyalah teori.

"Ketika saat-saat melobi nikah kepada mak dan ayah, ana kemukakan hadis ini. Ana sampaikan,

"Mak, saya dah cuba dah berpuasa, tapi hati tetap payah nak jaga. Susahlah. Kena cuba cara lain ni."

Mesejnya nak minta nikahlah.

Hadirin tetawa lagi.

"Kerana sambungan daripada hadis itu adalah:

dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.”

"Tetapi mak ana mengatakan, "Kau jangan ingat nikah tu boleh selesaikan masalah nafsu tu. Belum tentu lagi selesai kalau bernikah."

"Dalam hati, 'Atte mak aku ni, kan ke nabi yang jamin tu.' Tapi itu dalam hati je la.

"Jadi ana tanyakan kepada ikhwah-ikhwah yang telah bernikah, sejauh manakah praktikalitinya. Kebetulan di UTP ada ikhwah-ikhwah yang telah menikah. Setelah bernikah ini bagaimanakah perasaannya? Betulkan masalah nafsu ini boleh selesai?

"Dan jawapan daripada mereka memang ya. Setelah menikah, hati dirasakan lebih tenteram. Interaksi dengan lawan jenis tidak lagi segelabah dahulu. Gejolak jiwa yang sebelum ini datang bagaikan taufan badai di lautan telah surut menjadi lautan yang tenang! (Ini saya tambah ye. Masa jawab forum biasa-biasa je metaforanya.)


"Antum faham gejolak yang dimaksudkan? Kalau antum semua manusia normal pasti antum faham.

Ikhwah-ikhwah tersengih-sengih. Saya tidak tahu bagaimana reaksi akhwat. Saya belum lagi memandang mereka langsung. Jeling-jeling sikit adalah. Bilangan akhwat kelihatan lebih ramai daripada ikhwah.

"Jadi inilah jawapan ana bagi peranan seorang akhwat dalam membantu dakwah suaminya. Menyebabkan derapan langkah seorang mujahid itu lebih tegar dan lebih mantap untuk menapak di jalan dakwah ini, insya-Allah. Begitu juga di pihak akhwat, dengan hadirnya seorang ikhwah sebagai suami, akan lebih tenteram hatinya. Akan lebih tenang dalam berjuang. Lebih terhindar daripada fitnah. Ini jawapan yang pertama.

"Yang keduanya, berdasarkan surah yang ke-24, ayat yang ke 32. Minta seorang tolong bacakan. Hah, Nasir yang kelihatan begitu bersemangat dari tadi! Tolong bacakan.

Saja saya kenakan dia. Memang sangat bersemangat pun. (^_^)

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[Q.S. An-Nuur, 24:32]

Syaidina Umar Al-Khattab dalam membahas ayat ini mengatakan, "Aku tidak dapat membayangkan jika ada orang yang tidak mahu bernikah dengan alasan takut miskin. Sedangkan Allah telah berjanji untuk membuatkan mereka kaya dengan pernikahan!"

"Antum semua boleh baca kisah ini dalam bukunya Mas Udik Abdullah yang bertajuk, 'Kuliah, Kerja dan Nikah. Asyik Banget!' Kisah ini juga ada diungkapkan dalam buku yang ditulis oleh Cahyadi Takriyawan, Di Jalan Dakwah Aku Menikah.



Inilah yang ana hendak bawakan. Pernikahan itu membuka pintu rezeki. Dan pengalaman ana sendiri melihat ikhwah-ikhwah yang telah bernikah, tidak lama kemudian dapat beli kereta, mudah dapat peluang bisnes dan pelbagai kemudahan lagi. Adalah juga yang dapat pakej, dapat isteri sekali dengan keretalah, motorlah. Itu dikira rezeki juga. Ada ikhwah seorang ni, senior ana 2 tahun. Lepas bernikah tak sampai 2 bulan, dia dapat beli kreta Proton Saga lama. Warnanya biru. Harganya cuma RM2000. Keadaan kereta sangat elok. Ada seorang ayah akhwat yang jual. Ana terkejut tiba-tiba je dia dah ada kereta.

"Itulah salah satu bentuk bantuan zaujah. Kehadirannya sahaja dalam hidup seorang ikhwah itu membuka pintu rezeki dengan izin Allah.

"Ana rasa setakat itu sahaja penjelasan yang dapat ana berikan. Nak cerita panjang, nanti semua teori semata. Jadi ana cukupkan di sini dahulu. Wallahua'lam."

Selesai...lega~

Jazakallah Khair kepada Akhi Umair. Kelihatannya cukup bersedia! Dari sudut teorinya, dari sudut pembacaannya, memang kita dapat lihat Akhi Umair ini cukup bersedia. Cuma mungkin belum tiba masanya.

Banyakla pulak cakap si Syafiq ni. Dahla bagi aku soalan tak kena tempat! Nasib baik memang aku banyak baca pasal nikah ni. Huhu~~

"Cuma ada lagi satu soalan untuk antum Akhi Umair."

Apa lagi lah dia ni....

"Soalan ini mungkin agak sensitif, tetapi nak tanya jugalah. Seperti yang antum katakan tadi, untuk menegarkan langkah dalam perjuangan ini memerlukan seorang teman di sisi. Jadi soalannya, apakah ciri-ciri akhwat yang diharapkan menjadi teman antum sebagai seorang ikhwah dalam memperjuangkan agama Allah SWT ini?" Sampai sahaja kepada perkataan ciri-ciri akhwat itu, semua ikhwah dah mula bising. Akhwat tak perasan pula. Mungkin tenggelam dalam kebingitan suara ikhwah.

Syafiq!! Ni apasal tanya macam ni...dahlah ada akhwat kat sini. Malulah~~

Muka saya memang memerah masa tu. Mungkin kulit yang agak gelap menyembunyikan perubahan warna tersebut. Susah nak menjawab soalan ini. Susahnya bukan pada jawapannya, tetapi kepada konsekuensinya. Lalu setelah terdiam beberapa ketika, saya menjawab.

"Harapan? Jadi, harapan ana untuk bagaimanakah ciri-ciri akhwat yang akan hadir menemani ana dalam hidup ini rasanya mudah je. Seperti yang ana nukilkan dalam blog ana. Tajuknya : Doa Seorang Akhwat. Ada kawan indonesia hantar email, tentang doa seorang akhwat tentang ikhwah idamannya. Lalu ana tulis pula doa buat pihak ikhwahnya.

Nafas dihela.

"Seorang akhwat yang ana harapkan hadir dalam hidup ini bukanlah akhwat yang memang sempurna dari segala sisi. Mutabaahnya sempurna, 7 je setiap minggu, yang tsaqofah dakwahnya tinggi melangit, yang apabila ditanya hal dakwah semua mampu dijawabnya, cantik, reti memasak, cukup 4 kriteria itu semua. Bukan itu semua. (Tapi kalau dapat siapa nak menolak kan?)

"Namun cukuplah dia seorang muslimah yang menjadikan Allah sebagai tujuan hidupnya. Yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai cinta dan redha-Nya. Hadirnya pasangan hidup itu adalah untuk saling melengkapi. Jika kedua-duanya bermatlamatkan yang satu, maka semuanya sudah cukup sebenarnya. Bersungguh-sungguh mencari redha Allah. Cukup. Ana rasa itu sahaja kut."


"Terima kasih kepada Akh Umair. Jadi bagi ikhwah-ikhwah yang sedang menanti masa seperti Akh Umair ini, itulah ciri-ciri pasangan hidup yang paling utama kita cari. Tidak terlupa juga untuk akhwat. Pasangan yang benar-benar melakukan segala sesuatu demi untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Akhi Umair. Jadi soalan seterusnya adalah untuk Ustaz Ihsan...."

Saya termenung. Dalam mendengar soalan untuk Ustaz Ihsan dan penjelasan daripadanya, saya jadi berfikir sendirian.

Layakkah aku mengharapkan akhwat seperti itu? Bersediakah aku menjadi imamnya? Memimpin kehidupan menuju ke syurga? Sungguh diri teramat sangatlah banyak kelemahan serta kekurangannya. Masih banyak karat jahiliyah yang tidak terkikis baik. Masih banyak yang tidak terbaiki.

Lantas layakkah aku mengharap akhwat-akhwat dakwah yang mulia? Niatku sahaja sering tersasar landasan. Mata, mulut, kaki, tangan dan semuanya, ke mana aku telah arahkan perlakuannya?

Itulah yang saya maksudkan dengan konsekuensinya. Bagaimana saya perlu mempersiapkan diri. Kerana kekasih itu akan datang sesuai dengan iman di hati. Ya-Allah, bantulah aku.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga).
[Q.S. An-Nuur, 24:26]


Kembali melayari saat-saat bermulanya tarbiyah, bagaimana mula melobi nikah, niat yang terkecundang dan pelbagai lagi salah dan silap. Sungguh, saya tidak mahu mengulangi kisah Muhammad Ibrahim bin Badiuzzaman. Langkahnya tempang kerana tersasul niat. Niat. Itu lagi.

Ya-Allah, kurniakanlah aku hati yang bersih. Bantulah aku untuk sentiasa meluruskan niat hanya untuk mencari redha-Mu. Amiin Yaa Robb...



~Perkongsian daripada Akhi Umair dalam blog beliau {sini}


Kisah Srikandi Islam : Sayyidah Fatimah Az-Zahra RA


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم





Fatimah adalah putri yang paling dicintai Nabi Saw.sehingga beliau bersabda :”Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menyusahkannya juga menyusahkanku dan siapa yang mengganggunya juga menggangguku”.
Lahir pada hari Jum’at 20 Jumadil akhir tahun kelima sebelum Nabi Saw. menjadi Rasul.Fatimah putri kesayangan Nabi Saw.mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya),Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah), al-Muhadatsah(Yang diajak bicara Jibril as), Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab.
Dia popular dengan sebutan Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak), sayyidatunnisa-i ahlil jannah (Penghulu para wanita di surga).
Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.
Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT.
Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.
Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.
Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam.Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya.
Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami.Namun bagi Sayidatina Fatimah r.a, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.
Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.
Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.
Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.
Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak.
Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu.
Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.Lalu dipujuknya Fatimah r.a sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah.Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya.
Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka.Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.
Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah.
Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan.
Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.
Memang padan sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai ‘Bapa kepada janda dan anak yatim’ di Madinah.
Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.
Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali.
Tujuh puluh kali dia ‘tawaf’ sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
“Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu,” Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda.
Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.
Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan ‘Haji Wida’ pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit.
Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.
Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa’, gembiralah hatinya.
Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi’, Madinah.
Begitu sekali wanita yang utama,agung dan namanya harum tercatat dalam Al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT.
Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain.
Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang.
Sebaliknya,dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain.
Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru,wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya,dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya,biarpun diri mereka menderita.
Itulah Sayyidah Fatimah Azzahra, wanita termulia sepanjang jaman. Dia adalah hasil pendidikan sempurna madrasah Rasulullah Saw. Tidak ada orang yang sangat mirip jalan, cara bicara, akhlak dan kemuliaanya dengan rasulullah Saw selain Fatimah. Fatimah adalah sosok sempurna, cerdas, sederhana, berakhlak mulia dan dibebaskan dari segala dosa. Maka tidak heran kalau Rasul saw bersabda: “Allah ridha dengan keridhaan Fatimah dan marah karena kemarahannya,” . (Al-Hadits).

sumber : {sini}

"tekadkan azam dalam hatimu untuk mencontohi peribadi mulia srikandi Islam Sayyidah Fatimah Az-Zahra"