Showing posts with label niqab. Show all posts
Showing posts with label niqab. Show all posts

Friday, 24 July 2015

entri raya: cara pakai niqab hidden eyes aka niqab Sumayya

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Masih tak terlambat lagi kot, nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd pengunjung blog ni (ada ke? hee) taqobbalallah minna waminkum..tahniah jgk kpd yg dah start puasa 6 ^-^ sy belum mula lg, sakan beraya..hehe..dua hari lepas, sy dpt satu whatsapp dari seorang adik. pengujung blog ni rasanya..bertanyakan ttg niqab..alhamdulillah adik dah ada niat utk pakai..moga Allah permudahkan urusan ye dik :)


mcm biasa, dilemma mereka yg baru mula nak berniqab, pastinya banyak persoalan kan..sama je kita..hee..sy pun masih baru jugak berniqab berbanding sahabat2 diluar sana yg istiqamah bertahun2 berniqab..jujurnya, sy respect dgn mereka yg berniqab..sebab bila sy mula berniqab, baru terasa kesusahannya..ada jugak beberapa kali berjalan dlm keadaan cuaca panas di kampus dulu, memang menguji kesabaran..huhu..tapi disebalik kesusahan itu, Allah beri satu perasaan yg tak boleh digambarkan dgn kata2..alhamdulillah.. doakan sy moga istiqamah dlm amal kebaikan :)



nah, nak belanja gambar sempena raya..gambar cara pakai niqab Sumayya aka niqab hidden eyes..niqab hot ni :P  niqab Sumayya boleh pilih lining ye. ada 6 warna semuanya..

berminat boleh wa sy 019-7604052 :)


p/s : sekadar pesanan, terbaca di fb tentang trend sekarang yang bersolek tebal di bahagian mata sehingga menarik perhatian..fahami fungsi niqab sebaiknya. moga kita dilindungi dari mendatangkan fitnah pd agama..





Monday, 13 July 2015

Niqab murah: Promosi Ramadhan dilanjutkan sehingga Jumaat :)

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Bismillah..bagi sesiapa yg ingin menambah koleksi niqab, promosi Ramadhan masih berjalan hingga hujung Ramadhan ni ^_^ jom dapatkan niqab selesa murah..rugi tau tak grab masa tgh promosi ni..hehe..yang bestnya, boleh pilih kaler lining tau..pertanyaan lanjut boleh whatsapp 0197604052 :)


antara niqab yg hot, niqab Deena & niqab Sumayya <3


labuh di bahagian blkg..ala ala arab style ;)


ni pula niqab hidden eyes ^_~







Monday, 6 July 2015

Saya jual niqab murah! :)

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


 Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Bismillah..dah lama sy simpan hasrat untuk jual pakaian dan produk yang berkaitan Sunnah, agar lebih ramai yang mencontohi sunnah baginda Rasulullah ﷺ dan para ummul mukminin..jadinya, insyaAllah, bagi sesiapa yang berminat utk dapatkan niqab yang selesa, boleh hubungi saya ya. :)


Ada beberapa jenis niqab dan setiap jenis ada kelebihan yang tersendiri..jom, dapatkan niqab pada harga yg berpatutan..material pun yg selesa ^_^






ada apa-apa pertanyaan ataupun request, boleh whatsapp num yg ada dlm gambar. syukran! :)


Monday, 29 June 2015

mencari kekuatan untuk berniqab

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم



Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah  serta keluarga dan sahabat Baginda..
  

hari ni, hari terakhir di taman syurga ni..segala penat dan lelah, segala sakit dan air mata dalam menghabiskan 4 tahun pengajian, mudah-mudahan dinilai Allah sebagai ibadah..hampir setahun juga, mula berniqab di luar rumah dan di universiti..Alhamdulillah 'ala kulli hal, betapa Dia mempermudahkan urusan hambaNya ini..teringat lagi, hari pertama buat keputusan untuk pakai niqab ke kuliah, 3 insan yang sy mohon doanya dan minta nasihat..sedikit sebanyak, doa dan dorongan insan2 ini yang beri kekuatan utkku melangkah pagi tu...


dalam tempoh seminggu dua ni, ada juga beberapa orang adik2 dan kakak bertanyakan tentang berniqab..Alhamdulillah, kalian punya niat untuk berniqab, cuma terhalang disebabkan risau dgn kata2 orang sekeliling..diri sendiri pun macam tu juga dulu..dan itu juga yg sy lakukan..meminta pendapat dan pandangan dari beberapa org kakak yg berniqab..keputusan tu dah ada sebenarnya, cuma yg diperlukan ketika itu adalah sokongan dan galakan utk menguatkan lagi hati....



sebenarnya, sy bukanlah orang yg selayaknya utk menjawab persoalan bagaimana utk istiqamah dlm berniqab..sbb diri sendiri pun tak tahu apakah sy akn istiqamah hingga akhirnya :'( cuma yg boleh sy katakan, tanyakan pada diri , mengapa aku pilih untuk berniqab? dari situlah, Allah bg kekuatan utk terus melangkah..kalau "kuat" niatnya, insyaAllah hati kita akn turut kuat..walaupun dilemparkan dgn kata2 sindiran dan kutukan, insyaAllah kita akan kuat sbb kita tahu kenapa kita brniqab..



dan utk menguatkn lagi diri,belajarlah..tambahkan ilmu..tentang berniqab..hukumnya..ada satu kitab yg baik yg menceritakan tentang aurat,hukum brniqab..carilah..tajuknya "al-Hijab"..kitab ni mungkin agak syadid bg sesetengah org, tapi bacalah dgn hati yg terbuka..dan sentiasa doa, moga Allah bagi kefahaman yg benar..dan kekuatan utk mengikuti apa yg ditetapkanNya..



bila tekad utk berniqab,bertudung labuh..banyak yg perlu dijaga sebenarnya..sebab kita sedang membawa imej Islam..pesanan utk diri sendiri jua, jagalah akhlak..janganlah kita menjadi fitnah kpd agama, mnjadi fitnah kpd saudara2 kita yg bersungguh menjaga maruah diri dgn menjaga pemakaian mereka..bukanlah sesuatu yg berat jika hati benar menginginkan keredhaan Allah dan Rasul..yg penting, doalah, minta padaNya, Yang Maha Kuat agar kita diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan..sebab hakikatnya kita adalah hamba yg lemah..jadilah hamba yg sentiasa meletakkan pergantungan padaNya..



credit : [here]