Monday, 13 July 2015

Niqab murah: Promosi Ramadhan dilanjutkan sehingga Jumaat :)

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Bismillah..bagi sesiapa yg ingin menambah koleksi niqab, promosi Ramadhan masih berjalan hingga hujung Ramadhan ni ^_^ jom dapatkan niqab selesa murah..rugi tau tak grab masa tgh promosi ni..hehe..yang bestnya, boleh pilih kaler lining tau..pertanyaan lanjut boleh whatsapp 0197604052 :)


antara niqab yg hot, niqab Deena & niqab Sumayya <3


labuh di bahagian blkg..ala ala arab style ;)


ni pula niqab hidden eyes ^_~







Friday, 10 July 2015

apakah cloth pad?

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Pernah dengar tentang cloth pad? pad kain? rasanya kita tahu dan sedar yang pad kita gunakan setiap bulan tu diperbuat dari bahan yg membahayakan. tapi sebab murah (sekali beli mmg murah) dan nak senang, maka kita diamkan je kata hati kita..hampir sebulan lebih jugak sy mula bertukar menggunakan CP..alhamdulillah selesa..insyaAllah, sy berazam utk mengurangkan penggunaan brg2 berbahaya utk diri sendiri dan nak sebarkan kebaikkannya pd yg lain juga insyaAllah ^-^





bg yg tak tahu apakah tu CP, clothpad dibuat dengan kain cotton flannel dan boleh dibasuh. Kalau penjagaannya baik, boleh tahan sampai lima tahun. CP ni tak ada kandungan bahan kimia macam pewangi macam pad² yang lain kadang kala ada pewangi. kebanyakkan harga CP yg ada dipasaran mmg agak mahal, tapi sebenarnya lebih menjimatkan berbanding pad yg pakai buang. sebab kita boleh berulang kali guna..kalau betul penjagaannya, insyaAllah tahan lama..nampak mcm mahal utk sekali beli, tp sebenarnya murah utk barang yg boleh guna byk kali dan longlasting..hee :)


next post, sy update ttg kelebihan CP pulak ^-^




Monday, 6 July 2015

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan :'(

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..






Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kpd kita semua....


1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr..  malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu