Saturday, 25 July 2015

kelebihan clothpad..

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..


Seperti yang dijanjikan...sambungan untuk entri CP yg lepas, post hari ni adalah ttg kelebihan CP. ^-^





pengalaman sendiri, pakai CP ni selesa sebab kalau pakai yang pakai buang ada kandungan plastik pelapik yang menyebabkan berpeluh.. boleh terkena ruam dan gatal..huhu. lagipun, pad biasa yang bukan 100% cotton dah di bleach dan bahan kimia tu boleh juga menyebabkan darah haid dari rahim tak keluar habis. Kesan jangka panjang mungkin barah rahim dsb..nauzubillah..


seperti biasa, pertanyaan lanjut boleh wa sy 0197604052 :)




Friday, 24 July 2015

Pameran Relik Suci Rasulullah Muhammad S.A.W. ditunda ke November

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Dari FB rasmi Muzium Negara..

"Pameran Relik Suci Rasulullah Muhammad S.A.W. "Menghayati Rasulullah" ditunda ke akhir bulan November 2015. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kelak."

berniat nak gi bila tengok tarikh bulan 8 ni..tp perancangan Allah, tarikh ditunda ke bulan November..

November..insyaAllah panjang umur..ada rezekinya, gi berdua la nanti ^-^






entri raya: cara pakai niqab hidden eyes aka niqab Sumayya

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Masih tak terlambat lagi kot, nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd pengunjung blog ni (ada ke? hee) taqobbalallah minna waminkum..tahniah jgk kpd yg dah start puasa 6 ^-^ sy belum mula lg, sakan beraya..hehe..dua hari lepas, sy dpt satu whatsapp dari seorang adik. pengujung blog ni rasanya..bertanyakan ttg niqab..alhamdulillah adik dah ada niat utk pakai..moga Allah permudahkan urusan ye dik :)


mcm biasa, dilemma mereka yg baru mula nak berniqab, pastinya banyak persoalan kan..sama je kita..hee..sy pun masih baru jugak berniqab berbanding sahabat2 diluar sana yg istiqamah bertahun2 berniqab..jujurnya, sy respect dgn mereka yg berniqab..sebab bila sy mula berniqab, baru terasa kesusahannya..ada jugak beberapa kali berjalan dlm keadaan cuaca panas di kampus dulu, memang menguji kesabaran..huhu..tapi disebalik kesusahan itu, Allah beri satu perasaan yg tak boleh digambarkan dgn kata2..alhamdulillah.. doakan sy moga istiqamah dlm amal kebaikan :)



nah, nak belanja gambar sempena raya..gambar cara pakai niqab Sumayya aka niqab hidden eyes..niqab hot ni :P  niqab Sumayya boleh pilih lining ye. ada 6 warna semuanya..

berminat boleh wa sy 019-7604052 :)


p/s : sekadar pesanan, terbaca di fb tentang trend sekarang yang bersolek tebal di bahagian mata sehingga menarik perhatian..fahami fungsi niqab sebaiknya. moga kita dilindungi dari mendatangkan fitnah pd agama..





Monday, 13 July 2015

Niqab murah: Promosi Ramadhan dilanjutkan sehingga Jumaat :)

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Bismillah..bagi sesiapa yg ingin menambah koleksi niqab, promosi Ramadhan masih berjalan hingga hujung Ramadhan ni ^_^ jom dapatkan niqab selesa murah..rugi tau tak grab masa tgh promosi ni..hehe..yang bestnya, boleh pilih kaler lining tau..pertanyaan lanjut boleh whatsapp 0197604052 :)


antara niqab yg hot, niqab Deena & niqab Sumayya <3


labuh di bahagian blkg..ala ala arab style ;)


ni pula niqab hidden eyes ^_~







Friday, 10 July 2015

apakah cloth pad?

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Pernah dengar tentang cloth pad? pad kain? rasanya kita tahu dan sedar yang pad kita gunakan setiap bulan tu diperbuat dari bahan yg membahayakan. tapi sebab murah (sekali beli mmg murah) dan nak senang, maka kita diamkan je kata hati kita..hampir sebulan lebih jugak sy mula bertukar menggunakan CP..alhamdulillah selesa..insyaAllah, sy berazam utk mengurangkan penggunaan brg2 berbahaya utk diri sendiri dan nak sebarkan kebaikkannya pd yg lain juga insyaAllah ^-^





bg yg tak tahu apakah tu CP, clothpad dibuat dengan kain cotton flannel dan boleh dibasuh. Kalau penjagaannya baik, boleh tahan sampai lima tahun. CP ni tak ada kandungan bahan kimia macam pewangi macam pad² yang lain kadang kala ada pewangi. kebanyakkan harga CP yg ada dipasaran mmg agak mahal, tapi sebenarnya lebih menjimatkan berbanding pad yg pakai buang. sebab kita boleh berulang kali guna..kalau betul penjagaannya, insyaAllah tahan lama..nampak mcm mahal utk sekali beli, tp sebenarnya murah utk barang yg boleh guna byk kali dan longlasting..hee :)


next post, sy update ttg kelebihan CP pulak ^-^




Monday, 6 July 2015

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan :'(

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

 Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..






Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kpd kita semua....


1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr..  malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu







Saya jual niqab murah! :)

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


 Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..



Bismillah..dah lama sy simpan hasrat untuk jual pakaian dan produk yang berkaitan Sunnah, agar lebih ramai yang mencontohi sunnah baginda Rasulullah ﷺ dan para ummul mukminin..jadinya, insyaAllah, bagi sesiapa yang berminat utk dapatkan niqab yang selesa, boleh hubungi saya ya. :)


Ada beberapa jenis niqab dan setiap jenis ada kelebihan yang tersendiri..jom, dapatkan niqab pada harga yg berpatutan..material pun yg selesa ^_^






ada apa-apa pertanyaan ataupun request, boleh whatsapp num yg ada dlm gambar. syukran! :)


Saturday, 4 July 2015

Agar-agar koktel simple

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 


 Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabat Baginda..


InsyaAllah, hari ni nak share resipi Puding Koktel ataupun boleh jugak dipanggil agar-agar buah~ :)
alkisahnya, mula-mula nak buat agar-agar coklat je, nk yg simple dan tak guna bahan yg banyak..tapi abah request buat agar-agar buah..lagipun ada setin buah-buahan koktel dlm rumah.,untuk meraikan permintaan abah, maka anaknya gigih menggoggle kembali resipi agar-agar buah. asalnya google agar-agar milo je. hee. resipi ni diolah daripada beberapa resipi yg ada dlm blog2 masakan lain..






Bahan2 :
 - 20 gram agar-agar tali
- 1/2 cawan gula
- 4 cawan air
- 1 tin susu sejat
-  buah-buahan dlm tin (tos @ asingkan dgn airnya)
-  daun pandan (tak ada pun xpa)

Cara2:
1.  Masak agar-agar tali + air + gula + daun pandan dlm periuk dgn api sederhana..
2.  Bila dah didih, masukkan susu sejat..kacau2..
3.  Tutup api..masukkan buah-buahan dlm periuk..
4.  Tuang dlm bekas/loyang..biarkan sekejap bg sejuk..
5.  Letak dlm peti ais..sedapp dimakan sejuk.
6.  Potong comel2 dan siap dihidang. Alhamdulillah :)


ok, masa sy masak ni, lain sikit dari resipi atas..sy letak gula kurang dari setengah cawan...sebab tak nak manis sgt la kononnya..hee..dan sy masukkan jugak air buah yg dlm tin tu..dan, agar-agar ni memang tak manis pun.. next time kena tambahkn gula sbb agar2 ni sedap kalau manis..



agar2 yg dah siap dipotong  ^-^



Thursday, 2 July 2015

Kuih Cara Manis resipi Opah tersayang

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم



Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyidina Rasulullah  serta keluarga dan sahabat Baginda..



Entry Ketuk-ketuk Ramadhan Versi Orang-baru-belajar-masuk-dapur..hee..kali ni kita mulakan dengan kuih. sebab ni yg mudah pun..hehe..alang2 bahan-bahan memang ada di dapur, tak susah2 nak beli..


Kuih Cara Manis resipi Opah tersayang..


bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum..
daun pandan..dlm 5 helai pun ok..
sepaket santan (sy guna santan seringgit..x byk sgt)..
sebiji telur..
gula utk inti kuih..

cara-caranya:
1.  blend daun pandan + air (agak2 je) sampai lumat daun pandan..
2. tapis air yg dikisar tadi dlm apa2 bekas..
3. hampas pandan td masukkan semula dlm blender, masukkan air & kisar sekali lagi..
4. campur tepung, air daun pandan, santan dan telur dlm 1 bekas..
5. gaul rata bagi sebati..guna tangan je,tak perlu mixer..adunan jgn terlalu cair..
6. tapis sekali lg bancuhan 
*tips opah,katanya telur kn berketul2,jadinya tapis utk dptkan aduan yg cantik
7. ok dah boleh panaskan loyang kuih cara..sapu minyak dlm loyang..
8. tuang adunan dlm loyang yg dah dipanaskan dan masukkn gula di tengah2 kuih. sy letak dalam setengah sudu kecil..
9. tutup dgn penutup periuk..biarkan sekejap agak2 dah masak boleh korek keluar kuih dari loyang..
10. siap Alhamdulillah :)


ni la ghupenye kuih cara manis :D



komen opah,gula tak berapa hancur..mungkin cepat sangat angkatnya, jadi gula tak sempat cair..huu,xpe2..noted,masak sekali lagi nanti kena biar lama sikit. 

selamat mencuba!  ^-^